Selamat Datang... Anda Kini Berada Di Zon Selamat...

Blog ni ditubuhkan adalah sekadar sesaje ati ini yg sekurang2nye adalah bole menjadi sbg cerite saya kelak... smua cerite2 dlm blog ini adalah bacaan umum (U) dan tiada unsur (SX) mahupun (PG)... dan lagi tiada neat utk menjthkan... menyakiti... atau seangkatan dgnnye... jika ada tersalah bhs sile beri tunjuk ajar ye...

Wednesday, May 27, 2009

kuat ke ringan ek?

sebelum2 ni kite da tgk karakter2 yg dilihat dari sudut tarikh lahir kan.... so arini kite pindah sket la... kite tgk plak, drpd tulisan seseorg... mcmn plak karakter nye.

kite pecahkan kpd enam bahagian ye... arini kite chapter yg pertama... ok?


Yg Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit




setelah aku bace yg ni kan.... aku terpikir gak... kdg2 aku menulis ikut keadaan, mood, emosi pada mase tuh... x de la sepjg tahun tuh sama je.... jap2 kang tekan kuat sket.... jap2 kang tukar plak jadi ringan je tekanannye... jadi aku rase.... ok la kot apa yg di ckp kat kat atas tuh...

pasni kite akan sambung utk chapter seterusnye ye.... jumpa lagi!

Tuesday, May 26, 2009

am i bossy???

Hmmm..... Skrg ni mcm2 kajian da di buat psl karakter2 drpd tarikh lahir... nak kata betol? x jugak, x betol? pun x jugak... kdg2 mcm tepat je apa yg ditulis psl kite... tapi kdg2 x mengena plak dgn apa yg kite rase dgn diri kite.. slalunye yg bes2.. yg baik2... yg mulia2.... mesti org akn ckp 'ha... betol la.. kene la ngn aku..', tapi tang yg x bes2... yg x elok x elok... yg mcm buruk... mesti org ckp 'ish... ni kajian je ni... mane betol... aku bkn mcm ni la... salah ni.... ni mgkn org lain yg sama tarikh dgn aku ni tapi lain bulan...' hahahaha..... biase la tu kan... manusia.... sifat nye mmg mcm tuh... ntahla... kdg2 kite sendiri sbenanye x perasan yg kdg2 kite mmg mcm tuh... xpe la... sifat boleh diperbaiki... neway.. kite cube tgk lg apa yg org da kaji psl trkh lahir nih...

Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja. Check it out.........
Lahir pada

1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
kan aku da ckp da... ni aku sendiri nak gtau.. aku mcm x stuju je apa yg dickp psl karakter utk no kelahiran aku tuh...
aku lahir pd 28hb.. dikatakn suka memerintah.... ish3... yeke aku mcm tuh ek??? aku x rase pun aku mcm tuh.... eeee.... korg rs aku mcmn ek....
xpe la.... apa pun da dickp kan kat atas.. ini semua adalah tekaan metafizik (kahkahkahkah..... ni nak sedapkan ati sendiri la ni...)

Friday, May 22, 2009

ok ke puteh?????

kite teruskan lagi arini dgn melihat karakter melalui warna korg.... tgk bile tarikh lahir korg n apa warna n karakter di sebalik warne2 tuh....
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
OREN

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
KUNING

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
MERAH JAMBU

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

4 Februari hingga 8 Februari – Biru
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

19 Februari hingga 28 Februari – Perang
PERANG

Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN

Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

11 Mac hingga 20 Mac – Lime
3 September hingga 22 September – Lime
LIME (WARNA BUAH LIMAU)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

21 Mac – Hitam
HITAM

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
UNGU

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

1 April hingga 10 April – Biru Laut
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
BIRU LAUT

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

11 April hingga 20 April – Perak
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
PERAK

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

21 April hingga 30 April – Putih
24 Oktober hingga 11 November – Putih
PUTIH

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

15 Mei hingga 24 Mei – Emas
12 November hingga 21 November – Emas
EMAS

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

25 Mei hingga 3 Jun – Krim
22 November hingga 1 Disember – Krim
KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
24 Jun – Kelabu
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
KELABU

Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
MAROON

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

25 Jun hingga 4 Julai – Merah
MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

23 September – Olive
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

22 Disember – Teal Merah (Kayu)
TEAL MERAH (WARNA KAYU)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

Thursday, May 21, 2009

mestila no. 1...........

Kalo sebelum ni kite da tgk karakter2 melalui tarikh lahir, arini mari kite bersm2 tgk melalui tarikh lahir kite, apakah no kite dan apa plak karakternye....

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan
masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkankehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Andasangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang
lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana katakata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan-kawan anda. Pada pandanganmereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat
yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa
anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: korang2 jangan serius sangat baca benda ni.. org ckp ni melalui penyelidikan...

Wednesday, May 20, 2009

Bila tarikh lahir awak?

  • Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
  • Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

  • Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
  • Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

  • Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
  • Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

  • Tarikh Lahir pada 4 & 13
  • Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

  • Tarikh Lahir pada 5 & 17
  • Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

  • Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
  • Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
  • Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

  • Tarikh Lahir pada 8 & 23
  • Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

  • Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
  • Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

  • Tarikh Lahir pada 12 & 19
  • Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

  • Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
  • Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

  • Tarikh Lahir pada 22 & 25
  • Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Tuesday, May 19, 2009

apa? suntik?????

pagi tadi bawak seluruh seisi warga kilang untuk mendapatkan suntikan thypoid... benda ni mesti kene dpt kalo kite keje kat mane2 tempat yg deal ngn food. Thypoid ialah..............................

Typhoid Vaccination
Typhoid fever is a systemic infection caused by the Gram negative bacillus Salmonella typhi. Most salmonella types only cause local infection of the gastro-intestinal tract i.e food poisoning, but some can result in serious systemic infection with prolonged fever and immobilisation. It is spread by the faecal-oral route and is therefore associated with poor sanitation and personal hygiene

so, untuk mengelakkan drpd jangkitan itu dan jgk bg memenuhi syarat2 nak wat lesen n sijil itu ini.... smua worker kene ada surat da dpt thypoid nih... bawak la mereka ke klinik... x kan bwk g shopping kompleks plak ye... kitorg g klinik>>>>>

KLINIK UTARA
TEL: (03) 317 68922 60015386
NO 7, JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 36
BANDAR SULTAN SULAIMAN
42000 PORT KLANG, SELANGOR

MON FRI: 9AM10PM
SAT: 9AM10PM
SUN: 4PM10PM
P/HOLIDAY: 9AM1PM, 610PM

jap je wat injection tuh... cuak gak sbb da lm da x main injek2 ni huhuhu.... ni da besau2 kene injek lagik. dulu ingat lg mase zaman skola2... cekgu pesan suh bawak baju dalam bagi galz sbb Dr nak dtg nak wat injection. pastu sure satu kelas bising riuh rendah la sbb takut kene injek beb.... bygkan la jarum tajam seperti di bwh ini kalo mengena ke kulit tuh... aiyook..
lepas setel sume tuh, dapat la resit n surat seperti di bawah.... seorg kene RM 45. ok la... sbb ada kol klinik lain gak ada yg 48 la... 50 la... 52 la....

ada lapan org sumenye encik yg telah mendpt suntikan thypoid ini... kami bebas dr jangkitan... yeyeyeye... belilah produk keluaran kilang kami tanpa was2 ye



Monday, May 18, 2009

----- panggilan dari???? -----

semlm aku satu fmly g kenduri kawen kat puchong. otw nak g sana tiba2 dpt kol dr syifa......... hehehe... psl jualan gudang cadbury yg dibuat kat centro mall, klg. abis je mkn kenduri tu, aku kenyit mata kat ma ajak dia singgah ke tempat yg dikatakn oleh mek itu... ma aku ni mmg hantu coklat... makanye menurun la kpd ank2nye.... hehehe.....

yg besnye.. sesampai nye di bndar klg, aku x jumpa centro mall tu kat mane (bak kata syifa ikut alamat org klg, tapi centro pun x tau..). nasib baik syifa bg landmark yg aku tau... sesmpinye di centro... kitorg begitu teruja sbb smua yg kua dr centro tu bwk plastik merah besar smpi 3 4 beg... fuh... sonok memborong diorg nih... aim aku ialah Bytes... suke sbb bile tgk tv leh kunyah2... nyum2
inilah Centro Mall, klang tu... bersblahan ngn Hotel Histana

so.... inilah hasilnye setelah berasak2 kat dlm tuh... satu palstik je... yg plg x besh nye... aku x dpt Bytes sbb da abis... huhuhu....







inilah hasil kutipan kami di dlm tuh.... cantek je... sonok la tgk hihihihi....







crunchie....

moments....

chocolate bar pelbagai rase....

gold chocolate bar....

coklat zip wafer....

slalu berebut ngn yah my youngest sister...







black forest chocettes....








cadbury dairy milk...

ma ckp, senang yah nak bwk g skola





dairy milk peanut & raisin...
yg ni ma suka mkn, bile tgk tv r tgh bc magazine r paper





choclairs...
sbenanye cr yg dalam jar punye.. namun hampeh xde..



* MISI PENGHANTARAN *

ari sabtu.... misi penghantaran kwnku seorg ni ke klia sbb nak balik ke langkawi... malam sebelumnye actually aku, bee, cheah, nua, awg n baha.... kengkawan mase blaja deg (AS202) dulu, kitorg jumpa mkn2 n tgk wyg... sian kat cheah tu sbb lama giler x jumpa. kalo kitorg wat pape xtvt slalu x dpt join. da la jauh di sana, cuti plak kene ikut cuti anak murid... 2 la cekgu kan....
bee (peneman), cheah (org yg nak balek langkawi), fa (selaku pembawa)
kami dr tempat parking (B-G) nak menuju ke balai berlepas... tingkat 5 tau cheah (ingat tu!)
selepas snap gambar ni, pakcik kat sbelah tu tegur.. ooo... curi amik gambar pakcik ye.... aku senyum simpul la kat dia... abih nak wat ape lgi kan... bleh plak si cheah ni tnye; 'fa kenal ke pakcik tu?'... agaknye dia pelik aku leh senyum kat pakcik sampai teleng kepala da hahahaha.... xpela Dr fadzilah kamsah ckp... BERBANYAKKAN LA SENYUMAN... baik DR!
lepas2 je wat self check in (cara2nye ada kat bwh...) utk dptkan boarding pass n beratur plak utk check in brg.... kitorg pun round2 la. bee n cheah da bekpas mase kat hotel pg td, ditambah plak dgn nervous nak naik belon terbang 4 d 1st time, cheah x mo isi perot dia ngn apa2 food pun. aku yg lapa (sbb pg tu trus g opis, wat lab testing, trus amik diorg g klia... x sempat nak jamah pape) ni ajak diorg ddk utk mkn r minum la sket ye...

Step 1:Select your Destination City & key in your Booking Number or You can scan the Barcode on your Travel Itinerary.
Step 2:Select guest to be checked-in.
Step 3:Ensure that check-in information is correct.
Step 4:Upon confirmation of your details, a Boarding Pass will be printed out for you.
so kitorg pilih utk ddk kat asian cafe....
mengambil sebakul nasi lemak spesel bersama aym grg
tiga gelas air... teh traik (bee punye: dia mmg gemar air berasaskan teh ni), orange juices (cheah punye: cheah mmg suke western sket kihkihkih), teh o ais limau(fa punye: kononnye leh balance la mkn berlemak ngn air limau tuh)
kami mkn bersama2.... cheah mmg x nak rase pun nasi lemak tu... xpe cheah, nxt time da pro b4 naik belon leh isi food dlm perot yeah.
credit to cheah... ok la . i suke gambar ni...
TEMA: B bersama impiannye... (dilayan di dlm kapal terbang oleh pramugari kat blkg tuh)
ni la dia cekgu nasrah ahmad tuh...
kitorg mkn2.... sembang2.... ckp2... gelak2.... snap2 gambar.... sampai la terdengar calling utk cheah ni MH 1446 go to langkawi.... 2.15pm... bye2 cheah....

Friday, May 15, 2009

menabur duet ke jusco

pagi yg ngantok sbb smlm balik dr beshopping kat jusco bkt tgi.... yahoooo....... tq to duta jusco x terlantik yg menyebarkan iklan ke serata alam... hikhikhik...
inilah kad yg telah ku gn smlm bg mndptkan hrga2 yg menarik itu.... buln 7 ni due date nye... (nasib baik aku check dulu bile bc iklan dr duta tu)
mmg da lm tgu kalo ada j card day ni. tp slalu mase amat la x mengizinkan. slalu bile j card day mesti ada catering ke... kene o.t ke.... dan pelbagai lagi la kengkangan. so smlm rezekinye ada, maka aku telah mengsms ke kwn aku (ed-kwn sekolah S5) utk sama2 menyertai aku menaburkan duet bagi memenuhi peti besi jusco tuh... dan dia bersetuju.... ye ye....


inilah kwn yg aku ckp tuh... ekcelli gmbr ni kitorg amik slps kua dr jusco.. hehehe... lepas seronok dpt brg br teringat nak amik gmbr... TQ ed temankan aku (tapi dia blanje sama je mcm aku... msti mak dia bebel sbb td mase nak kuar ckp xde duet... hahahaha....)


sampai2 je kat jusco, kwn aku si ed tu trus ajak masuk summit kedai kasut dlm jusco tu... kat situ diorg bg 10% diskaun utk j card holder... aku x bape fokus la kat kedai tu sbb bkn dlm brg yg ku ingini kan... so ed je yg beli kasut kat situ


kitorg meneruskn tujuan utama iaitu msk ke jusco shop... SERANGGGGGG!!!!!!


memulakan pengembaraan pukul 7. 30 dan selesai pd jam... mgkn da dekat kul 11 la kot, sbb mase nak kua redeem voucher, roller shutter tu da ttp setengh da.. huhuhu...
berikut adalah beberapa tag harga asal pembelian brg2 aku...

diskaun 20%


diskaun 20%




diskaun 20 %




best buy


4 helai baju yg dicekup.... plg suka wane puteh tu sbb fancy, kedua itam sbb elegance, ketiga sbb pale pink sbb best buy amik je, keempat sbb corak dia... hehe....


diskaun 70 %

diskaun 70 %
diskaun 70 %


slua yg semestinye akan dipotong kakinye krn terlebih pjg... diorg ni bemurah ati bg aku lebih2 kain plak.... kuikuikui.....

wallet yg harus dicari ganti... (smpai bos aku tegur da... huhu...)

diskaun 20 %
cekau je sbb da ponek da......


collection drpd duet ni telah diserahkan kpd peti besi duet Jusco.....


kerana jasa kami memenuhkan peti besi mereka, mereka telah menganugerahkan 4 tiket voucher... TQ2... (tapi lg dua aku da bg kwn aku da....)

selepas bepenat lelah di dlm jusco tu, kami telah memergikan diri ke ANDALAS CORNER (klik kat sini look for Andalas Corner, Klang (Halal) )

aku amik teh o ais limau n nasi grg cina n ed plak amik sirap bandung n nasi grg kg (sori pic x sempat amik sbb lapa sgt, mknn sampai terus mkn)...

suggestion: aku rs tgk dr presentation kedai dia, mknn yg bes mesti western food dia n sizlg2 kot... tapi smlm terslh pilih menu.. so x bape bes la... tgk la nxt time dtg lagi kot...

selesai la pengembaraan aku n ed di dlm jusco sempena j card day itu. aku anta dia balik umah... and aku sampai umah tepat 12 tgh mlm... loceng cinderella pun bebunyi...

SEKIAN TERIMA KASIH

kpd sesiapa yg ada info psl sale apa2 di mana2... silala kemukakan ye... saya suke...

Tuesday, May 5, 2009

Anugerah yg x disangka....


Terima kasih kpd ma, arwah abh, adk - beradk, sedara - mare, jiran tetangga, kengkawan, tuan kedai kain, tauke karaoke centre, dan... YG PALING UTAMA 2 MY SIFU.....
saya berasa amat berbangga kerana akhrnye, dgn penat lelah sy slame ini sifu saya nmpk...
sy x tau apa lg yg ingin diucapkan sbb ini adalah anugerah yg petama sy dpt.. sy begitu x menyangka, jd skrip pun x sempat nak tulis...
yg penting sy begitu terharulah dgn anugerah ini. sekurg2nye daptla sy rase kemanisan durian ini yg mmg sy tgh kempunan nak mkn..
lg2 kalo dimasak bersama bubur kcg ijau ataupun dimkn bersama pulut.... aduyai terliur dibuatnye....
kalo nasi pns2 tu ditempek ngn sambal tempoyak dimkn bersm ikan kering pun da bole sy wat tmbh nasi beberp kali la...
jd sy harap slps ini sy akn mndpt lebih byk anugerah demi membgnkan blog sy ini....
ini adalah anugerah galakan drpd sifu sy....
TENKIU CEKGU!

Sunday, May 3, 2009

Karangan 1) Kegiatan Semasa Cuti Kerja

hepi labour day walaupun da lepas.....
teringat zmn skola mase dolu2.... kalo back to school mesti cekgu suh wat karangan pastu suh pilih tajuk la... aku rase tajuk yg glamer ialah

1) Aktiviti Semasa Waktu Lapang
2) Hobi
3) Aktiviti Pada Cuti Sekolah

lg tah ape tah.. tp yg penting no 1, 2 n 3 tu sbenanye sama je... yg pasti sbenanye cekgu nak tgk mase cuti skola ni kite wat benda berpekdah ke tak... maklumla, slalunye kite akan tulis karangan mengikut apa yg kite br lakukan... kalo la mase cuti skola tu kite g memancing, maka psl memancing bersama rakan2 la yg akan jd karangan kite ari tu, kalo parents bwk gi library, maka psl membaca buku la yg kite tulis.... sbb tu cekgu tau kite ni rajin ke malas....
so... cekgu aku (madam shifa tu la..... yg suh aku spy rajin menulis) pun suh aku wat karangan...
Tajuk Karangan:Kegiatan Semasa Cuti Hari Pekerja
Pada 1/5/09, saya, keluarga dan keluarga auntie tina telah pergi ke rumah mamayong yang terletak di Ipoh. Pada awalnye, keluarga auntie tina telah membuat cadangan untuk bertolak pada malam 1/05/09 itu, namun kami begitu letih menunggu kedatangan mereka sehingga tertidur. saya dan kngah telah berpesan kepada dila (adik kami) agar mengejutkan kami sekiranya mereka sampai.
tiba2, saya da kngah berasa sgt terkejut kerana apabila kami sedar, hari telah subuh. kami dengan kelam kabut turun ke bawah untuk melihat samada mereka smua telah pergi meninggalkan kami atau pun tidak. apabila sampai di tingkat bawah, kami terus tergelak kerana smua org masih tidur termasuklah keluarga auntie tina.
rancangan telah bertukar, kami memulakan perjalanan kami pada pagi 1/05/09. tujuan kami ke Ipoh adalah untuk meraikan harijadi adik saya, fikriyah dan sepupu kami, faiqah. maka kami telah memilih pekan razaki, ipoh iaitu rumah mamayong sbgi tempat untuk kami huru- harakan.(hahaha.... kitorg mmg suke wat mcm ni.. nak sambut besday tapi pilih umah2 sedara.. tapi jgn risau kitorg yg be=wk mknn sendiri dan kitorg yg akan kemas la....).
Kami tiba di ipoh pada jam 12.00 tengahari. cuaca amat panas dan kering. Jalan di lebuhraya juga amat sesak dan akhirnya membuatkan kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan kampung. Setibanye di rumah mamayong, nyata mamayong dan babalup begitu terkejut dengan kehadiran kami, namun mereka menyambut dengan penuh gembira (sbb kitorg ni mmg suke wat bising kat umah org kihkihkih....)
Kaum lelaki pergi mengerjakan solat jumaat di masjid berdekatan dan kaum perempuan sibuk membuat persiapan bagi sambutan hari jadi petang itu. terdapat 5 biji kek yang disediakan walaupun sebenarnye hanya dua kanak2 yg akan diraikan, tapi biasala budak2 nnt kalo yg lain x dpt nnt diorg sedih.
Berikut adalah kek2 yg telah disediakn;

1) Kek coklat moist (kiri) adalah untuk maman (ank buah saya)
Kek Horlicks (Kanan) adalah untuk besday gal Fikriyah

2) Fokuskan kepada gambar kek sahaja ye... Kek oren adalah untuk firzana

3) Kek coklat moist (kiri) adalah untuk Batrisyia (ank buah saya)Kek oren keju (kanan) adalah untuk besday gal Faiqah

setelah makanan siap dihidang, kami telah mengarahkan kanak2 itu supaya berbaris mengikut di mana kek2 itu diletakkan, dan hasilnya adalah....

dari kiri; luqman, fikriyah, faiqah, firzana dan batrisyia.

Unc fauzi sebagai ayah kepada faiqah telah membacakan doa selamat dan selepas itu kami menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada kelima2 knk2 ribena ini. ternyata meraka sgt gembira. kami memulakan santapan kami dan selesai makan lebih kurang jam 5 petang (tapi masih duduk depan meja mkn tu n bersembang hehehe...)

setelah abis aku menulis karangan ni.. aku rase kalo cekgu BM sek ren aku bace, konpem benanah mulut dia membaca sbb ya rabbi teruk giler karangan aku. lebih elok karangan aku mase kck2 dulu drpd skg nih.....

kalo korg? korg rase karangan korg masih power ke setelah sekian lama merojakkn bahasa2 ini huhuhu.....

sekian laporan saya....